Wednesday, 13 August 2014

PROMOSI - PERAK HEALTH TOURISM PACKAGES DI MEDAN, INDONESIA - APRIL 2014

Saya telah di undang oleh Tourism Malaysia Perak dan Perak Tourism untuk sama-sama mempromosikan Pakej-Pakej Health Tourism yang terdapat di Negeri Perak kepada pelancong-pelancong di Medan, Indonesia pada bulan April 2014. Jadi apa lagi kami pun berkampung lah di Medan selama 5 hari. Dapat lah juga melihat sendiri Airport baru Medan iaitu Kuala Namu dan Airport lama Polonia dah di tutup....
Bergambar di hadapan Main Stage di dalam Medan Fair Mall, berkampunglah selama 3 hari di sini dari pukul 9 pagi waktu Indonesia sampai 9 malam ....

Booth Perak di Medan Fair Mall, Medan, Indonesia.

Ni la Booth yang di sediakan oleh Tourism Perak....Kak Zara ( Pegawai Pelancongan Tourism Perak ) memang happening selama kami di sana....Caya la Kak Zara. darah manis la katakan..Classs ghituuu.

Dalam sibuk-sibuk mempromosikan Health Tourism dan Produk-produk Perak sempat lagi kami selfie ...Ayah di belakang pun interfrem jugak..hehehe
Good for PERAK....


Ni waktu pagi tak berapa ramai orang sangat kat Mall tu..bloleh la lepak-lepak sikit..bila petang aja baru la ramai orang datang ke Booth kami...

Ayah pun nak juga ambil gambar depan Main Stage " Malaysia Travel Fair Medan 2014"...

Pagi-pagi dah start Promosi Pakej-Pakej di Negeri Perak..orang baru balik shopping pun kami target untuk jualan Pakej-Pakej tersebut....

Banyak juga yang dok tanya pasal Perak kerana mereka hanya tau pasal Hospital di Penang dan Kuala Lumpur ja..Maklumlah Flight Medan hanya ke Penang dan Kuala Lumpur aja...Tapi kami kaunter balik dengan Flight yang bakal ada nanti dari Medan ke Ipoh...Kejor Yop Kejor....

Ayah bergambar dengan Puan Hasni ( Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Perak ) dan En Adnan ( Pegawai Pelancongan Perak Tourism )....cantik jugak Booth Tourism Malaysia di sini...
Team yang bertugas di Booth Perak untuk mempromosikan Produk Pelancongan Negeri kelahiran ku, Perak Darul Ridzuan...rasa bangga juga dapat sama-sama mempromosikan Perak di Medan walaupun sumbangan yang amat kecil sekali...

Perasmian oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia. Sorry la lupa pulak nak ambik nama dia..Sorry ya Tuan..

Dua orang Boss Pelancongan di Perak. Tuan Haji Ibrahim ( Pengarah Tourism Malaysia Perak ) dan Cik Aida ( CEO Perak Tourism ) sewaktu perasmian tu..Serius mendengar ucapan dari Konsul Jeneral Malaysia di Medan tu...

Dalam sibuk-sibuk bekerja pasti la dok bertanya habis Program ni nak shopping Telekung kat mana tu??? hahaha Pasar Ikan di Medan lah jawapnya..jangan marah ya Boss...
Semua Boss-Boss diatas pentas utama untuk acara Perasmian Malaysia Travel Fair Medan 2014..Tuan Haji Ibrahim (Pengarah Tourism Malaysia Perak ) pun ada sama di sebelah Boss-boss dari Medan Indonesia..
Penari-penari dari Jabatan Kebudayaan Negeri Perak mempersembahkan Tarian dari Negeri Perak selama 3 hari berturut-turut. Ada 2 show setiap hari. Pagi dan Petang dan Lagu yang tak boleh lupa sampai hari ni lagu Wan Leborrrr....

Pertunjukan Teh Tarik dan membuat Roti Canai juga di adakan selama 3 hari di sini...hebat bro teh tarik ni..

Show terakhir, Ayah jadi Emcee dan jemput semua petugas Tourism Malaysia Perak dan Perak Tourism dan pengunjung Mall tu naik ke atas pentas untuk bersama-sama menari lagu dari Negeri Perak...hapenning tu....

Kak Zara dan Adnan sporting la...layannnnnn pasal hari terakhir di Medan Fair Mall tu....

Ni penyertaan dari pengunjung di Medan Fair Mall...Pak Lebai pun join jugak la...bersenam sambil menyihatkan badan ja..hahaha

Selepas 3 hari berkampung di Medan Fair Mall, kami pun Makan Besar la untuk malam terakhir di Medan...Makan Seafood di Wajir Seafood, Medan. punya ramai la orang makan di sini. Murah kot pasal kerusi meja penuh ja..makan kat luar restoran pun tapi memang terlampau ramai orang..Menu yang best tu, Belut goreng Cabai campur telur masin..Ayah dan Hj Ibrahim ja makan Belut tu..katanya sedap...tak tahu la pasal saya tak makan belut tu...
Sekian la entri saya untuk edisi Medan kali ini.. ada masa jumpa di entri Bromo, Indonesia, Bangkok, Pattaya, Surabaya, Jakarta, Bandung dan lain-lain lagi...dan yang pasti Produk-Produk Pelancongan di PERAK DARUL RIDZUAN
Salam hormat dari saya......Dikwan ZukTravel.

Image result for logo vmy 2014



Tuesday, 12 August 2014

BALI, INDONESIA

Kesempatan dapat undangan daripada Tourism Indonesia ke Majapahit Travel Fair di Surabaya telah aku gunakan sepenuhnya untuk ke Pulau Bali. Dari Surabaya aku bersama ayah telah menaiki Keretapi dari Stasion Gubeng ke Banyuwangi Ketapang dan kemudian naik feri dan seterusnya ke Denpasar, Bali. Dari situ kami menaiki Teksi Blue Bird terus ke Kuta, Bali....
Waktu subuh di atas feri dari Ketapang ke Denpasar Bali..lebih kurang 1 jam perjalanan naik feri.


Pemandangan waktu subuh dari atas feri...cantik dan memang best sangat2 masa tu..

Waktu ni dah lepas subuh dan dah nak sampai ke Jeti di Pulau Bali. Itu lah Pulau Bali atau di kenali sebagai Pulau Dewata bagi penduduk di sana....
Ni waktu malam jalan-jalan di Pantai Kuta terjumpa pulak Hotel ZUK. ayah kata nama sama tapi owner berbeza..hahaha ada rezeki ada lah nanti Hotel ZUK di Malaysia ..In Sya Allah.
Ini tempat yang aku nanti-nantikan nak pergi. Hard Rock Bali..dapatlah beli baju sehelai dua..tapi ayah pakai baju Orang Utan Sabah..hehehe promosi Sabah di Bali la tuuuu...
Dah shopping letih la pulak, nak lepak jap dan nak cari makan di Rumah Makan Padang. Ada banyak restoran HALAL di Bali ..makan no problem...
Di Bali ada banyak motor untuk di sewa tapi sekarang ini nak kena ada Internasional Driving Lisence pulak dah. Kami dapat sewa 3 hari dengan harga RM30-00 ja pasal Owner Hotel tu kawan Ayah. Dia bagi diskaun. Minyak 3 hari x sampai RM10-00 untuk keliling Pantai Kuta dan Legian..

Di Bali ada Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel. Parah nak beli Hard Rock Hotel dan Cafe ni..tapi alhamdulillah beli la sehelai dua sebagai kenang-kenangan di Bali..
Lepas makan malam lepak di Pantai Kuta..orang bujang okey la lepak sini..Macam-macam ada.....huhuhu

Ni waktu siang pergi Pantai Kuta dan nak try la Surfing. X pernah try lagi so tawar menawar dapat lah dalam Rph200 ribu dalam RM60-00 untuk mencuba. Operator tu janji dia akan ajar sampai boleh berdiri di atas surfing board tu..Try jangan tak try bro....sorry la gambar di belakang tu tak sempat di tapis...
Ini lah buktinya dapat berdiri di atas surfing board..Berjaya juga aku akhirnya...
Lepas surfing, lepak minum di Pantai Kuta. banyak jugak ikan duyung putih terdampar di pantai ni....hahaha
Di Airport Ngurah Rai, Denpasar, Bali. dah nak balik rumah pasal dah dekat 10 hari berjalan di Surabaya dan Bali. Nanti aku ceritakan lagi kisah aku pergi Bromo dan Surabaya......
Wassalam.......























KECIK KAKI TRAVEL: RESTORAN TASIK RABAN, LENGGONG , PERAK.

RESTORAN TASIK RABAN, LENGGONG , PERAK

PROGRAM ECO ZONE TOYOTA YOUTH CHALLENGE 2014 DI JETI KELIP-KELIP KG DEW,TAIPING OLEH PELAJAR SEK MEN KEB AGAMA KERIAN PADA 10 OGOS 2014

Banner untuk Program Toyota Eco Zone Youth Challenge 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.

Program Gotong Royong pelajar-pelajar SMKA membersih dan menceriakan Jeti Kelip-Kelip Kg Dew, Taiping, Perak
2 orang kuat di Jeti. Kalau nak makan Udang Galah, kena jumpa Pak Wahab (Baju Belang-Belang) dan Abg Duan (Baju Oren)
Pelajar-pelajar dan Guru-Guru SMKA membersihkan Sungai Kg Dew dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pengairan dan Saliran serta juga Jabatan Bomba Taiping, Perak.
Pelajar-pelajar dan Guru SMKA menanam pokok bunga di sekeliling Jeti..pokok bunga di taja oleh Majlis Perbandaran Taiping.
Deejay bertugas dan Pengurus Jeti Kelip-Kelip Kg Dew, Pak Su (Shukor) dan Abg Zuk ...
Pelajar-pelajar memasang perangkap sampah di Sungai Kg Dew dengan kerjasama Jab Bomba dan Jabatan Pengairan dan Saliran, Taiping.
Makan tengahari di dalam Bot...sedap dan menyelerakan selepas penat menanam pokok bunga..macam dekat Thailand pulak dah....

Membersihkan sungai Kg Dew..


Pak Wahab mengajar bagaimana nak menyangkul untuk menanam pokok kepada pelajar SMKA.

Pelajar mengecat bahagian hadapan Jeti Kelip-Kelip Kg Dew.
Tabung untuk Gaza di lancarkan sempena Program ini. Inisiatif oleh Kelip-Kelip Kg Dew..Pray for Gaza..
Malam hari di adakan Open House dan bakar lemang di Jeti Kelip-Kelip Kg Dew.. Open House Raya la katakan...

Untuk sebarang pertanyaan dan jika and berminat untuk melihat Kelip-Kelip di Kg Dew, Taiping, Perak, sila hubungi : 
Pak Su (Shukor) 019 - 578 6456