Bergambar di hadapan Main Stage di dalam Medan Fair Mall, berkampunglah selama 3 hari di sini dari pukul 9 pagi waktu Indonesia sampai 9 malam ....
Booth Perak di Medan Fair Mall, Medan, Indonesia.
Ni la Booth yang di sediakan oleh Tourism Perak....Kak Zara ( Pegawai Pelancongan Tourism Perak ) memang happening selama kami di sana....Caya la Kak Zara. darah manis la katakan..Classs ghituuu.
Dalam sibuk-sibuk mempromosikan Health Tourism dan Produk-produk Perak sempat lagi kami selfie ...Ayah di belakang pun interfrem jugak..hehehe
Good for PERAK....
Ni waktu pagi tak berapa ramai orang sangat kat Mall tu..bloleh la lepak-lepak sikit..bila petang aja baru la ramai orang datang ke Booth kami...
Ayah pun nak juga ambil gambar depan Main Stage " Malaysia Travel Fair Medan 2014"...
Pagi-pagi dah start Promosi Pakej-Pakej di Negeri Perak..orang baru balik shopping pun kami target untuk jualan Pakej-Pakej tersebut....
Banyak juga yang dok tanya pasal Perak kerana mereka hanya tau pasal Hospital di Penang dan Kuala Lumpur ja..Maklumlah Flight Medan hanya ke Penang dan Kuala Lumpur aja...Tapi kami kaunter balik dengan Flight yang bakal ada nanti dari Medan ke Ipoh...Kejor Yop Kejor....
Ayah bergambar dengan Puan Hasni ( Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Perak ) dan En Adnan ( Pegawai Pelancongan Perak Tourism )....cantik jugak Booth Tourism Malaysia di sini...
Team yang bertugas di Booth Perak untuk mempromosikan Produk Pelancongan Negeri kelahiran ku, Perak Darul Ridzuan...rasa bangga juga dapat sama-sama mempromosikan Perak di Medan walaupun sumbangan yang amat kecil sekali...
Perasmian oleh Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia. Sorry la lupa pulak nak ambik nama dia..Sorry ya Tuan..
Dua orang Boss Pelancongan di Perak. Tuan Haji Ibrahim ( Pengarah Tourism Malaysia Perak ) dan Cik Aida ( CEO Perak Tourism ) sewaktu perasmian tu..Serius mendengar ucapan dari Konsul Jeneral Malaysia di Medan tu...
Dalam sibuk-sibuk bekerja pasti la dok bertanya habis Program ni nak shopping Telekung kat mana tu??? hahaha Pasar Ikan di Medan lah jawapnya..jangan marah ya Boss...
Semua Boss-Boss diatas pentas utama untuk acara Perasmian Malaysia Travel Fair Medan 2014..Tuan Haji Ibrahim (Pengarah Tourism Malaysia Perak ) pun ada sama di sebelah Boss-boss dari Medan Indonesia..
Penari-penari dari Jabatan Kebudayaan Negeri Perak mempersembahkan Tarian dari Negeri Perak selama 3 hari berturut-turut. Ada 2 show setiap hari. Pagi dan Petang dan Lagu yang tak boleh lupa sampai hari ni lagu Wan Leborrrr....
Pertunjukan Teh Tarik dan membuat Roti Canai juga di adakan selama 3 hari di sini...hebat bro teh tarik ni..
Show terakhir, Ayah jadi Emcee dan jemput semua petugas Tourism Malaysia Perak dan Perak Tourism dan pengunjung Mall tu naik ke atas pentas untuk bersama-sama menari lagu dari Negeri Perak...hapenning tu....
Kak Zara dan Adnan sporting la...layannnnnn pasal hari terakhir di Medan Fair Mall tu....
Ni penyertaan dari pengunjung di Medan Fair Mall...Pak Lebai pun join jugak la...bersenam sambil menyihatkan badan ja..hahaha
Selepas 3 hari berkampung di Medan Fair Mall, kami pun Makan Besar la untuk malam terakhir di Medan...Makan Seafood di Wajir Seafood, Medan. punya ramai la orang makan di sini. Murah kot pasal kerusi meja penuh ja..makan kat luar restoran pun tapi memang terlampau ramai orang..Menu yang best tu, Belut goreng Cabai campur telur masin..Ayah dan Hj Ibrahim ja makan Belut tu..katanya sedap...tak tahu la pasal saya tak makan belut tu...
Sekian la entri saya untuk edisi Medan kali ini.. ada masa jumpa di entri Bromo, Indonesia, Bangkok, Pattaya, Surabaya, Jakarta, Bandung dan lain-lain lagi...dan yang pasti Produk-Produk Pelancongan di PERAK DARUL RIDZUAN
Salam hormat dari saya......Dikwan ZukTravel.
No comments:
Post a Comment