Ini lah Restoran Tasik Raban yang terletak di sebelah kanan jalan menuju ke Pekan Lenggong selepas dari Tasik Raban yang cantik dan menarik pemandangan nya.
Ramai sungguh orang makan di restoran ni..bukan hanya penduduk tempatan tetapi juga orang luar yang datang makan di sini..Maklumlah restoran terletak di jalan besar menuju ke Kuala Kangsar atau Lenggong/Gerik/Pengkalan Hulu/Royal Belum dan juga ke Kelantan.
Rendang ayam.
Sambal Belacan.
Masak Lemak Nangka
Ulam-Ulaman
Ikan Bakar...berjenis ikan bakar di sediakan dari Ikan Sungai dan Ikan Laut..
Set Makan Tengahari ala kampung juga di sediakan.
Buah tembikai sebagai pencuci mulut juga di hidangkan
Peserta FAM Trip Media, Bloggers dan Agensi Pelancongan dan juga Pokcik ( En Saufi ) dari KTM makan tengahari sebelum ke Royal Belum.
Tempoyak di campur dengan sambal belacan memang best kalau di cicah dengan ulam-ulaman....
Untuk sebarang tempahan untuk Makan Tengahari di Restoran Tasik Raban, Lenggong, Perak, sila hubungi
019 - 521 5657 / 017 - 534 4971 / 017 - 505 0424
Restoran Tasik Raban mempunyai lagi 3 cawangan di Ipoh.
Terima kasih Tourism Malaysia Perak kerana menaja makan tengahari kami di sini.......
No comments:
Post a Comment